assalamualaikum
14 hari bergelar isteri.
syukur Ya Allah. dipertemukan
jodoh oleh-Mu.
macam mana life selepas bergelar isteri?
sejujurnya sangat payah.
kakak saya ada cakap pada malam selepas saya selamat diijabkabulkan dengan suami, berkahwin
ni umpama menambah satu lagi masalah. makin banyak hati nak kena jaga. kalau
dulu just hati keluarga kita. tapi sekarang hati keluarga sebelah suami pon nak
kena jaga.
betul kot. cabaran paling besar adalah menjaga hati
sebelah mentua. tambah-tambah lagi kalo berkahwin dengan anak lelaki kesayangan
keluarga. makan hati le jawabnye. sampai ke satu tahap saya menangis seorang
diri dalam bilik air. aihhhhh. baru 14 hari kot.
itu hal menantu.
ini hal isteri pulak.
memang betul pon ape yang sume orang selalu cakap. we
will only know the true colors of our partner after marriage. masa bercinta
memang banyak yg kita sembunyikan. so, be ready! jangan freak out kalo kita tak
dapat apa yang kita harap kan selama ini dari pasangan kita. terimalah
suami/isteri seadanya. dan perbanyakkan
berdoa pada Allah. jodoh ini ketentuan-Nya. pasangan kita hadiah dari Allah. setiap
anugerah-Nya pasti ada manis nya. J
dan sehingga hari ke-14 ni saya masih belajar &
berusaha untuk jadi isteri yang lebih baik. menantu yang lebih baik. anak perempuan
yang lebih baik.
inshaAllah.
xoxo
191112
1133
0 comments:
Post a Comment