Showing posts with label rambling. Show all posts
Showing posts with label rambling. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

ramadhan 2013 : hari pertama

Assalamualaikum.

Hi pretty people.

1st day of Ramadhan. Sape tak puasa angkat tangan? haha

Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam tadi hari pertama terawih berjemaah dengan suami di rumah je. Tengah-tengah sarat ni nak pegi masjid macam amat sukar. Tambahan pulak sekarang ni dah start solat duduk atas kerusi. Segan pulak nak berjemaah ramai-ramai then kita je sesorang duduk atas kerusi. Suami pon macam berat hari je nak pegi masjid tinggal kan saya sesorang kat umah. Suami pulak jenis off phone masa solat then asyik lupa nak on balik lepas solat. Tunggu balik kampung nanti kot boleh lah suami berjemaah di masjid. Sorry ye sayang.

Pagi tadi 1st time sahur as husband and wife. Takde beza pon macam dinner hari-hari kat umah. Cuma bezanya makan pagi-pagi buta la. haha. Kunci jam pukul 4 pagi, kononnya nak solat sunat dulu. Sekaliiiiii, suami yang kejutkan saya pukul 4:30 pagi. FAILED. Bangun panaskan lauk & goreng telur dadar sikit pastu siap sume untuk dibaham pukul 5 pagi. Menu sahur pagi tadi adalah asam pedas ikan pari, sup sawi dengan cendawan dan telur dadar. Lauk mengalahkan berbuka.

So sekarang ni tengah stress memikirkan ape menu nak masak untuk berbuka hari ni. Seriously, menu planning is the hardest thing to do! tambah-tambah lagi di bulan puasa.

Korang masak apa eh?

Till then, Assalamualaikum.

xoxo
1241hrs
10072013
Wednesday

Tuesday, July 09, 2013

Ramadhan Kareem 1434H/2013M

Assalamualaikum.

Hi pretty people.

Esok umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Me soooo excited!  Teruja lebih pulak tahun ni nak berpuasa, nak berterawih, nak bertadarus, inshaAllah, bertahajud. Tahun-tahun sebelum ni rasa nak sambut Syawal lebih membuak-buak berbanding nak sambut Ramadhan tapi tahun ni rasa sebaliknya pulak. Mungkin saya dah makin tua kot. Dah sedar betapa banyak masa yang telah dihabiskan dengan sia-sia.

tsk-tsk

Semua orang ingat lagi ke niat puasa & doa berbuka? Almaklumlah, setahun sekali je Ramadhan datang menyapa. Mungkin ada yang terlupa. So here's the niat & doa for our benefits together. :)


Tahun ni inshaAllah saya akan berpuasa di Selangor pada separuh masa pertama Ramadhan dan akan menyempurnakan separuh masa kedua Ramadhan di Kedah. *eh, cam tengok bola pulak. hehe* So saya post kan jadual imsak & berbuka untuk tahun 2013/1434H untuk kedua-dua negeri. Untuk negeri-negeri lain boleh la klik sini.


Akhir kata ...


Till then, Assalamualaikum.

xoxo
1115hrs
09072013
Tuesday
Powered by Blogger.

© and rain will fall, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena