Assalamualaikum.
Hi pretty people.
Lagi 2 hari kita dah nak berpuasa. Marhaban ya Ramadhan. Lain macam sikit puasa tahun ni. Pertama kali berpuasa sebagai seorang isteri. Kalau dulu sahur & berbuka ikut suka hati je. Kali ni nak taknak, walau malas macam mana sekali pon, juadah berbuka & bersahur untuk suami kena prepare jugak. Ramadhan kali ni juga extra special sebab saya berpuasa dalam keadaan mengandung yang agak sarat. Hari ke 2 Ramadhan kandungan saya cukup 9 bulan. Boleh ke idak mama nak puasa penuh tahun ni, sayang?
2 minggu sebelum Ramadhan lagi saya dah cuba-cuba berpuasa. Alhamdulillah. Takde apa-apa masalah. Baby tak meragam. Saya pon tak rasa lapar sangat. InshaAllah, saya akan cuba berpuasa sampai due date nye nanti. :)
Mesti ada yang tertanya-tanya kan, wajib ke wanita mengandung berpuasa? Saya tak arif dalam bab-bab hukum hakam ni. Saya memetik artikel dari blog Dr. Zubaidi yang mungkin boleh dijadikan panduan kita bersama.
I am sure mommies out there know what is the best for you and your baby, right? Jangan samakan kemampuan orang lain dengan diri kita. Jangan memaksa diri kalau tak mampu nak menahan lapar dan dahaga. Gunakan keringanan yang Allah bagi untuk kesalamatan mama & baby. So, kepada mommies yang mengambil keputusan untuk puasa, here some tips for you.
Adakah selamat untuk saya berpuasa semasa hamil?
Beberapa kajian telah dibuat mengenai kesan berpuasa, namun tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini.
Walau bagaimanapun, berikut adalah perkara yang kami pasti:
- Beberapa
kajian telah dibuat tentang berat bayi semasa kelahiran, dan didapati
bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang
ibunya tidak berpuasa.
- Kajian-kajian mengenai IQ bayi pula mendapati tiada perbezaan di antara kedua-duanya.
- Dalam
beberapa kajian, sampel darah ibu hamil yang berpuasa menunjukkan
terdapat sedikit perubahan, namun perubahan tersebut didapati tidak
membahayakan ibu dan bayi. Kajian tersebut juga membandingkan berat bayi
semasa lahir, tetapi tiada perbezaan.
Wanita yang mempunyai
berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih
baik. Namun, ini juga bergantung kepada faktor-faktor seperti:
- Peringkat kehamilan. Biasanya wanita hamil yang dalam trimester kedua paling kuat bertahan.
- Kesihatan anda sebelum kehamilan dan samada terdapat sebarang komplikasi semasa hamil.
Bagaimana dengan wanita-wanita lain?
Majoriti
wanita Islam yang hamil memilih untuk berpuasa di bulan Ramadan. Kajian
menunjukkan sehingga 70 peratus daripada mereka memilih untuk berpuasa.
Anda juga tentu boleh berpuasa terutamanya dalam trimester kedua iaitu
apabila kebanyakan wanita hamil merasa lebih bertenaga berbanding trimester pertama dan ketiga, dan jika anda tidak mempunyai masalah kesihatan atau komplikasi tertentu.
Namun, Islam juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa
sekiranya bimbang berpuasa akan memudaratkan ibu dan bayi, dan tentu
sekali si ibu wajib menggantikan puasa (qada’) tersebut setelah bayi
dilahirkan. Mereka yang mengalami diabetes semasa hamil
mungkin perlu berbincang dahulu dengan doktor mereka. Mintalah pendapat
ahli keluarga, doktor dan guru agama atau mereka yang arif dengan hukum
Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul.
Apakah yang perlu saya lakukan sebelum berpuasa?
Perancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
- Berbincanglah
dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. Sesetengah
syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
- Persediaan awal seperti membereskan urusan beli-belah dan tugasan tertentu boleh dilakukan sebelum berpuasa.
Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?
Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
- Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
- Elakkan
makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan
cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa
seperti hendak pitam dan pening.
- Pastikan
anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur
yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda
membesar dengan sihat.
- Minum air yang banyak pada waktu malam.
Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat
panas pada bulan Ramadan.
Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?
Hubungi doktor anda jika:
- Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
- Anda loya atau mula muntah.
- Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
- Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
- Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
- Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
- Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.
Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?
Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:
- Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
- Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
- Elakkan
aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan
anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
- Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
- Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip-tip lanjut tentang makanan untuk berbuka dan sahur.
Secara
amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika
diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga
malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini
dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.
To all mommies, selamat berpuasa.
xoxo
1450hrs
08072013
Monday