Wednesday, October 23, 2013

.pengalaman bersalin : giving birth to Emma Insyirah - Part 1



Assalamualaikum.

Setelah hampir tiga bulan, baru sekarang ada masa nak bercerita tentang detik kelahiran Emma Insyirah.
Here goes.

25.07.2013
Thursday
Hari terakhir bekerja. Esok nya dah start cuti pasal public holiday dan saya sambung terus annual leave 2 minggu sampai due date. Planning nye nak balik Kedah malam ni jugak. Excited sangat. Dah pesan kat mak suh masak macam-macam. Segala macam menu raya. Almaklumlah, due date saya raya kedua, takut tak sempat nak makan semua tu nanti. Petang nye lepas kerja, husband datang pick up kat opis anddd to my great surprise, husband cakap tak jadi balik malam ni. Balik esok je pasal husband tak larat. Mana boleh macam niiiiii. Dah planning! Dah berangan! Dah excited! Try pujuk-pujuk husband  tapi still tak jalan. Ok fine. Boikot!

Sampai je kat umah terus lah perang dingin nak menjurus ke ala-ala perang dunia. Husband still with his decision. Malam tu berbuka ala kadar je. By ala kadar I meant just air milo panas sahaja. Terus masuk bilik dan nangis, nangis dan nangis.

26.07.2013
Friday
Perang masih berlarutan. Tak nampak macam nak balik kampung je lagi hari ni. So saya sambung nangis sampai malam. Malam tu baru husband pujuk. Esok balik kampung. Yeay!

27.07.2013
Saturday
Letih sangat harini. Akibat daripada berbuka puasa & sahur ala kadar for 2 days dan menangis for almost 2 days. Baring je atas katil. Badan rasa sakit sangat. Pinggang pon sakit-sakit. Tapi saya still berpuasa hari ni. Alhamdulillah masih belum tinggal puasa lagi. Sedang dok golek-golek atas katil terasa macam air turun kat bawah each time i moved. Rasa lebih kurang macam terkencing. I thought it was normal since pregnant ladies kan macam ada masalah nak control bladder.

Lebih kurang pukul 12 tengahari saya bangun nak pegi mandi. Bangun je dari katil rasa macam lagi banyak air turun. Langkah je air turun. Langkah lagi. Air turun lagi. Ahhh sudahhhhhh. Takkan kot. Lambat lagi ni due date. I still kept it to myself. Tak bagitau husband lagi. Jalan slow-slow masuk bilik air then buka je seluar... zasssss... macam empangan pecah. MashaAllah. Air ketuban saya pecah. Dah sampai masa nye nih. Saya tengok kat lantai ade macam darah together with the air ketuban. Ok. Bertenang. Takleh bagitau husband lagi pasal husband saya jenis yang nervous sket. Kang tak sempat mandi dah diheret nye saya pegi hospital. Saya mandi slow-slow and masa tu dalam hati ni hanya Allah je yang tau. Betapa nervous nye. Rasa macam tak ready lagi tapi saya takleh tunjuk yang saya nervous kang suami lagi nervous.

Keluar je bilik air saya suruh husband bersiap nak pergi hospital. Husband tanye kenapa tetiba je nak pergi hospital. Saya cakap slow-slow, berhemah yang mungkin, *KahKahKah. dalam hati rasa macam nak meraung-raung dah nervous* rasa nye macam dah nak bersalin kot. Air ketuban dah pecah. Alhamdulillah, beg hospital sume dah ready. Baju nak pergi hospital pon memang dah siapkan awal-awal. Gila organized kan? KahKahKah. Saya & husband bersiap, grabbed the bags and now... nak pegi hospital mana ni?


Nantikan kesimbungannya. tee-hee. *Ngada-ngadakan nak wat episod-episod bagai?*

Till then. Assalamualaikum.

xoxo
1333hrs
Wednesday
23.10.2013

Monday, October 21, 2013

Oct/Nov 2013 Baby Expo & Sale!


Merchant / Brand :
AEON Retail Malaysia
Location :
AEON Retail Storewide
Date/Time :
3rd - 27th Oct.


Merchant / Brand :
Mom & Baby Expo
Location :
SACC Convention Centre, Shah Alam, Selangor
Date/Time :
25th - 27th Oct.
1000hrs - 2100hrs



Merchant / Brand :
Karangkraf Media Group
Location :
Kompleks Media Karangkraf, Lot 2,
Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15 Shah Alam 
Date/Time :
26th - 27th Oct.
1000hrs - 2100hrs 



Merchant / Brand :
My Dear
Location :
Cuang Cheng Mao Yi Sdn Bhd
No.34 Jalan Meranti Jaya 10
Meranti Jaya Industrial Park
Puchong, Selangor
Tel : 03-80600095
Date/Time :
31st Oct - 10th Nov
0900hrs - 1900hrs 


 Merchant / Brand :
Happy Baby
Location :
Ikano Power Centre, No.2, Jalan PJU 7/2
Mutiara Damansara 47800 Petaling Jaya, Selangor
Date/Time : 
6th - 10th Nov.
1000hrs - 2200hrs

Wednesday, October 09, 2013

.Emma's 1st visit to the doctor

Assalamualaikum.

Semalam saya cuti terkejut. Unplanned leave. Emergency leave.

Emma dah nak masuk 4 hari tak berak. Haaaa kauuuu. Cerita pasal anak berak kat blog. kahkahkah.
Sebagai seorang first time mother haruslah saya cuak to the max pasal kebiasaannya Emma akan berak every day without fail! It is normal baby tak berak kalo fully breastfeed tapi Emma campur susu. BM+FM. Kalo baby on fully FM, dia sepatutnya berak setiap hari. Kalo campur pulak camne ye? So saya mengambil keputusan untuk bawak Emma pegi jumpa doctor terus.

Doctor cakap Emma supposed to poo every day since dia amik FM walaupon mixed with BM and doctor advised untuk tukar FM. Well this is challenging. Bukan senang nak cari susu yang serasi ngan baby. Sebelum ni Emma pernah try S-26. Tak serasi. Emma cirit-birit. So switched to Dutch Lady Step 1. Alhamdulillah takde masalah since the past 2 months tapi skang ni takleh berak pulak. Now I am in the pursuit of finding the right FM for my baby, again! huhu

In the meantime, doktor masukkan ubat dalam bontot Emma to assist her to poo. Then we wait. Haha. After like 2-3 minutes Emma dah bagi tanda-tanda nak memerut. Dia angkat-angkat kaki, genggam tangan and merengek-rengek. Sekali kauuuuu, sampai bocor diaper dia berak. Sampai terkena baju ngan suar mama. Oleh itu, saya EL. kahkahkah.

Terdampar kepenatan setelah memerut dengan jayanya.

Till then, Assalamualaikum.

xoxo
1127hrs
09.10.2013
Wednesday

Tuesday, October 01, 2013

.back!

Assalamualaikum.

Almost 3 bulan tak update blog. Why is that?

This is why.

Emma Insyirah Mohamad Shukrie

Alhamdulillah. Saya dah selamat bersalin. Dah lebih 2 bulan pon bersalin. Dah habis pantang. Dah masuk keje dah pon. Pantang bersalin plus pantang update blog sekali. hehe. So many stories to tell. But not now. Later. :)

Till then.
xoxo

1226hrs
01/10/2013
Tuesday
Powered by Blogger.

© and rain will fall, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena