Thursday, July 11, 2013

ramadhan 2013 : hura hara haha

Assalamualaikum.

Hi pretty people.

Semalam adalah huru hara. Sepanjang Ramadhan ni management dah bagi green light dapat balik awal pukul 4:30 petang *lompat bintang* Teruja, ok! So, tepat je pukul 4:31 petang, eh! Saya terus bungkus semua barang nak balik dengan harapan setinggi gunung nak singgah Econsave jap lagi nak beli barang untuk berbuka. Sekali kauuuuu, sampai je kat UPM, JAMMMM! Ehhhh, sume orang pon dapat balik awal ke? OK, takpe, slow-slow tekan minyak, awal lagi ni. Zuss Zass bawak keta ala-ala drifter gempak maksima *eh bukan tengah boyot 9 bulan ke?* sampai la kat Econsave. Sekali kauuuuuu sekali lagi, punya la banyak kereta. Parking penuh. 3 kali pusing cari parking. Ehhhh, sume orang tak keje ke arini? Dapat je parking terus je laju-laju shopping. Cess, tak boleh nak shopping sambil skipping. *lap peluh* Checkout dari Econsave dah pukul 6:15 petang. Hahahahahaha sempat ke nak masak ni?

Sampai umah terus mandi, solat then bergotong royong masak ngan husband. Masuk je waktu Maghrib kitorang pon berbuka. Berbuka apa?


Nasib baik saya beli kurma & tembikai di Econsave tadi. Kalo tak, memang berbuka air kosong jela. Sebenarnya saya masak macaroni bakar & ayam masak kicap untuk berbuka harini. Tapi by the time azan Maghrib berkumandang, macaroni masih dalam oven & ayam baru nak goreng . haha. Tembikai tu pon husband yang potongkan. Serius comel-comel je dia potong. Sama je size sume. Good job, hubs! Both dates I bought were from Tunisia & Emirates. Say NO to Iran's dates wokehhh.

Setel berbuka ala kadar *sob sob* saya solat maghrib berjemaah dengan husband. Tengah baca doa sekali kedengaran bunyi TING. Hoyeahhh. Macaroni I dah masak!



1st time buat ni. Resepi sendiri. Hehehe Plannya nak makan masa berbuka sebelum solat Maghrib. Tapi dah terlambat masak, so jadi main dish after solat. Nak resipi? Bolehhhh. :)

Makaroni Bakar.
Credit : Yours Truly

Bahan-bahan :
Makaroni *Ikut berapa orang makan. Untuk 2 orang, saya guna suku paket.
3 sudu besar sos spagetti
1 sudu besar cili giling
1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
5 biji cendawan butang
1/2 biji cili capsicum
2 keping daging burger
2 paket sup cendawan instant brand Vono
4 keping cheese slice
Garam
Gula

Cara penyedian :
1. Panaskan oven 180c.
2. Rebus makaroni. Tak payah letak garam. Toskan.
3. Cincang bawang besar & bawang putih. Panaskan minyak dalam kuali. Sikit je minyak ye. Dalam 2 sudu besar. Then tumis bawang besar & bawang putih sampai naik bau.
4. Masukkan cili giling, sos spageti & daging burger yang dah dihancurkan.
5. Bila daging dah masak, masukkan cendawan butang & cili capsicum.
6. Season to taste with garam & gula. Jangan overdo the salt pasal sup cendawan instant dah ada garam ye.
7. Masukkan makaroni dan gaul rata. Tuang semua sekali dalam mangkuk aluminium foil @ baking dish @ loyang @ tupperware. Eh! Lebur kanggg.
8. Put aside. Moving on to the next step.

9. Bancuh sup cendawan instant dengan air panas. Tuang dalam bekas berisi makaroni tadi. Gaul rata.
10. Susun slice cheese di atas makaroni tadi.
11. Terjunkan ke dalam oven dan bakar selama 40 minit.
12. Ting! Ngap! Alhamdulillah.

Memang sedapppp. Tak tipu. Husband makan bertambah-tambah. Tapi saya slow sket la pasal sangat creamy. Sangat sesuai untuk potluck or open house pasal senang nak buat dan modal kecik. hehe

So apa dah jadi dengan ayam masak kicap saya?


Jadi lauk sahur le. Hehe
Maaf encik suami untuk 1st time berbuka as husband and wife yang sangat huru hara. Jangan bagitau mak ehhhh.

Till then, Assalamualaikum.

xoxo
1038hrs
11/07/2013
Thursday

Wednesday, July 10, 2013

ramadhan 2013 : hari pertama

Assalamualaikum.

Hi pretty people.

1st day of Ramadhan. Sape tak puasa angkat tangan? haha

Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam tadi hari pertama terawih berjemaah dengan suami di rumah je. Tengah-tengah sarat ni nak pegi masjid macam amat sukar. Tambahan pulak sekarang ni dah start solat duduk atas kerusi. Segan pulak nak berjemaah ramai-ramai then kita je sesorang duduk atas kerusi. Suami pon macam berat hari je nak pegi masjid tinggal kan saya sesorang kat umah. Suami pulak jenis off phone masa solat then asyik lupa nak on balik lepas solat. Tunggu balik kampung nanti kot boleh lah suami berjemaah di masjid. Sorry ye sayang.

Pagi tadi 1st time sahur as husband and wife. Takde beza pon macam dinner hari-hari kat umah. Cuma bezanya makan pagi-pagi buta la. haha. Kunci jam pukul 4 pagi, kononnya nak solat sunat dulu. Sekaliiiiii, suami yang kejutkan saya pukul 4:30 pagi. FAILED. Bangun panaskan lauk & goreng telur dadar sikit pastu siap sume untuk dibaham pukul 5 pagi. Menu sahur pagi tadi adalah asam pedas ikan pari, sup sawi dengan cendawan dan telur dadar. Lauk mengalahkan berbuka.

So sekarang ni tengah stress memikirkan ape menu nak masak untuk berbuka hari ni. Seriously, menu planning is the hardest thing to do! tambah-tambah lagi di bulan puasa.

Korang masak apa eh?

Till then, Assalamualaikum.

xoxo
1241hrs
10072013
Wednesday

Tuesday, July 09, 2013

Ramadhan Kareem 1434H/2013M

Assalamualaikum.

Hi pretty people.

Esok umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Me soooo excited!  Teruja lebih pulak tahun ni nak berpuasa, nak berterawih, nak bertadarus, inshaAllah, bertahajud. Tahun-tahun sebelum ni rasa nak sambut Syawal lebih membuak-buak berbanding nak sambut Ramadhan tapi tahun ni rasa sebaliknya pulak. Mungkin saya dah makin tua kot. Dah sedar betapa banyak masa yang telah dihabiskan dengan sia-sia.

tsk-tsk

Semua orang ingat lagi ke niat puasa & doa berbuka? Almaklumlah, setahun sekali je Ramadhan datang menyapa. Mungkin ada yang terlupa. So here's the niat & doa for our benefits together. :)


Tahun ni inshaAllah saya akan berpuasa di Selangor pada separuh masa pertama Ramadhan dan akan menyempurnakan separuh masa kedua Ramadhan di Kedah. *eh, cam tengok bola pulak. hehe* So saya post kan jadual imsak & berbuka untuk tahun 2013/1434H untuk kedua-dua negeri. Untuk negeri-negeri lain boleh la klik sini.


Akhir kata ...


Till then, Assalamualaikum.

xoxo
1115hrs
09072013
Tuesday

Monday, July 08, 2013

pregnancy : berpuasa ketika hamil

Assalamualaikum.

Hi pretty people.

Lagi 2 hari kita dah nak berpuasa. Marhaban ya Ramadhan. Lain macam sikit puasa tahun ni. Pertama kali berpuasa sebagai seorang isteri. Kalau dulu sahur & berbuka ikut suka hati je. Kali ni nak taknak, walau malas macam mana sekali pon, juadah berbuka & bersahur untuk suami kena prepare jugak. Ramadhan kali ni juga extra special sebab saya berpuasa dalam keadaan mengandung yang agak sarat. Hari ke 2 Ramadhan kandungan saya cukup 9 bulan. Boleh ke idak mama nak puasa penuh tahun ni, sayang?

2 minggu sebelum Ramadhan lagi saya dah cuba-cuba berpuasa. Alhamdulillah. Takde apa-apa masalah. Baby tak meragam. Saya pon tak rasa lapar sangat. InshaAllah, saya akan cuba berpuasa sampai due date nye nanti. :)

Mesti ada yang tertanya-tanya kan, wajib ke wanita mengandung berpuasa? Saya tak arif dalam bab-bab hukum hakam ni. Saya memetik artikel dari blog Dr. Zubaidi yang mungkin boleh dijadikan panduan kita bersama.

I am sure mommies out there know what is the best for you and your baby, right? Jangan samakan kemampuan orang lain dengan diri kita. Jangan memaksa diri kalau tak mampu nak menahan lapar dan dahaga. Gunakan keringanan yang Allah bagi untuk kesalamatan mama & baby. So, kepada mommies yang mengambil keputusan untuk puasa, here some tips for you.

Adakah selamat untuk saya berpuasa semasa hamil?

Beberapa kajian telah dibuat mengenai kesan berpuasa, namun tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini. Walau bagaimanapun, berikut adalah perkara yang kami pasti:
  • Beberapa kajian telah dibuat tentang berat bayi semasa kelahiran, dan didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
  • Kajian-kajian mengenai IQ bayi pula mendapati tiada perbezaan di antara kedua-duanya.
  • Dalam beberapa kajian, sampel darah ibu hamil yang berpuasa menunjukkan terdapat sedikit perubahan, namun perubahan tersebut didapati tidak membahayakan ibu dan bayi. Kajian tersebut juga membandingkan berat bayi semasa lahir, tetapi tiada perbezaan.
Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantung kepada faktor-faktor seperti:
  • Peringkat kehamilan. Biasanya wanita hamil yang dalam trimester kedua paling kuat bertahan.
  • Kesihatan anda sebelum kehamilan dan samada terdapat sebarang komplikasi semasa hamil.

Bagaimana dengan wanita-wanita lain?

Majoriti wanita Islam yang hamil memilih untuk berpuasa di bulan Ramadan. Kajian menunjukkan sehingga 70 peratus daripada mereka memilih untuk berpuasa.

Anda juga tentu boleh berpuasa terutamanya dalam trimester kedua iaitu apabila kebanyakan wanita hamil merasa lebih bertenaga berbanding trimester pertama dan ketiga, dan jika anda tidak mempunyai masalah kesihatan atau komplikasi tertentu.
Namun, Islam juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bimbang berpuasa akan memudaratkan ibu dan bayi, dan tentu sekali si ibu wajib menggantikan puasa (qada’) tersebut setelah bayi dilahirkan. Mereka yang mengalami diabetes semasa hamil mungkin perlu berbincang dahulu dengan doktor mereka. Mintalah pendapat ahli keluarga, doktor dan guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul.


Apakah yang perlu saya lakukan sebelum berpuasa?

Perancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
  • Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
  • Persediaan awal seperti membereskan urusan beli-belah dan tugasan tertentu boleh dilakukan sebelum berpuasa.

Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?

Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.

Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?

Hubungi doktor anda jika:
  • Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  • Anda loya atau mula muntah.
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
  • Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  • Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.

Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?

Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:
  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  • Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  • Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip-tip lanjut tentang makanan untuk berbuka dan sahur.
Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.

To all mommies, selamat berpuasa.


Till then, Assalamualaikum.

Credit
drzubaidi.com
babycenter

xoxo
1450hrs
08072013
Monday

Tuesday, July 02, 2013

pregnancy : pregnancy dos & don'ts

Assamualaikum.

Hi pretty people.

Kali ni saya nak bercerita pasal pantang larang semasa mengandung. Not kinda makcik-makcik-pantang-larang tapi more to precautions during pregnancy. Sepatutnye saya share ni di awal pregnancy but it's never to late for some knowledge, right?

:)

Throughout your pregnancy, do:
•    Attend antenatal appointments faithfully, whether you are going to a private doctor or the government KKIA. ( Saya hanya buat regular check-ups di private clinic. Memang tak daftar langsung kat KKIA. Pastu sekarang rasa macam nyesal pulak tak wat check-up kat KKIA sama. Kalau pegi check-up sekarang agak-agak cik misi halau balik tak? huhu)

•    Eat healthily and exercise if you can. (OK. I just eat whatever I want. By saying that, I meant all those unhealthy food. Bad momma! And does hours of walking in and out of stores in the malls count as exercise? hehe)

•    Share your concerns and worries about the future with your husband, your family or your doctor. (I never shared my feelings or  concerns with others. I just keep it to myself until I couldn't take it anymore and I cried. I cried a lot during my pregnancy. I know it's bad for the baby, tapi... hmmm)

•    Take advantage of any special services available to pregnant mums, such as seating priority on the LRT or trains, and buggy services at the car parks of major malls. (Tak pernah lagi amik public transportation sepanjang pregnancy ni tapi from my observations selalunye all those seating priority dipenuhi oleh orang-orang LELAKI yang maybe... hmm.. pregnant?)


Throughout your pregnancy, don’t:
•    Stress. (Stress = me. Me = stress. Should I elaborate more?)

•    Forget regular safety rules, such as wearing your seatbelt, keeping your mobile charged and holding the railing when you go up and down stairs. (I always wear my seatbelt. Walaupon perut dah memboyot sekarang ni tapi alhamdulillah saya masih selesa memakai seatbelt. Tapi jangan biarkan tali seatbelt tu menekan perut ye, tarik ke bawah sket & park dia kat bawah perut. hehe. We don't want to put any pressure on the baby and belly)

•    Take any supplements or medicines without checking with your doctor first. (Dari 1st trimester hingga 2nd trimester saya hanya ambil medicines or supplements yang di'prescribed' oleh doktor saya. Masa 1st trimester saya hanya ambil folic acid & calcium tablet sebab saya sakit gigi sangat-sangat masa mula-mula pregnant. Masuk je 2nd trimester, doktor switch the folic acid to obimin. And I continue taking obimin till now and I add the NeuroGain PB on my 7 months pregnancy for my baby's brain development. Ada yang ambil NeuroGain PB since early pregnancy tapi saya risau nanti my baby will be hyperactive due to excessive DHA. huhu)


NeuroGain PB saya beli di Watson's @RM51 nett price. Sesetengah hospital private pon ada NeuroGain ni dan harganya lagi murah dari di pharmacy. Sunward Prenavit tu Obimin. Saya dapat percuma from my clinic during check-ups. Kalo check kat botol harga dia RM39 but you can get the Obimin with a cheaper price at the pharmacies with various brands.

Till then, Assalamualaikum.

Source : babycenter

xoxo
1644hrs
02072013
tuesday

Monday, July 01, 2013

baby and such : beg hospital

Assalamualaikum.

Hi pretty people.

It's about time to prepare the bags! Makan bulan jugak la nak complete kan sume benda pon. huhu. Husband pulak asyik dok tanya dah siap ke belum. Dia nervous le tu kang dah admitted tapi ade je barang yang tertinggal-tinggal.


3 beg. Dah macam nak pergi bercuti kan? Padahal nak stay sekejap je. Tapi dah kata 1st timer, harus lah satu almari saya angkut. Tu pon macam rasa ada yang tak cukup lagi. Saya asingkan siap-siap beg mama, beg baby & beg makanan. Kelassss ko jahh ade beg makanan bagai. Hehe. Let's checkout what's inside.

Beg Mama 
- Important document - Buku pink, Guarantee Letter (GL), Referral Letter.
- Tuala mandi
- Tuala kecil
- Skirt (Saya tak reti pakai kain batik. hehe. So saya gantikan ngan skirt. Kang pakai seluar kang kena marah lak dengan nurse)
- T-shirt (Untuk pakai masa kat wad nanti. In case amik masa untuk labor. We never know kan?)
- Sweater.
- Nursing blouse (For easy breastfeeding for the 1st time :) SubhanAllah. Manisnye)
- Instant hijab (Dah tak kan ko nak pakai shawl lilit-lilit plak kan)
- Socks
- Disposable panties
- Disposable breast pads.
- Maternity pad. (My sis nurse keje kat hospital kerajaan. Dia cakap selalunya nurse akan bagi pakai pad yang ikat-ikat tu pasal lepas bersalin mana leh pakai panties lagi. alaaaaaa... Tak suke. Rasa macam tak secure je.)
- Toiletries - toothbrush, toothpaste, shower gel.
- Tissue rolls
- Lotion pati halia. (Untuk husband melaksanakan tanggungjawab ke atas isteri dengan penuh kasih sayang. Eh!)
- Selipar (Untuk basahan. Better beli yang getah dan betul-betul grip pasal nak pakai untuk ke toilet & mandi. Risau kang tergelincir.)
- Jubah (Untuk pakai masa balik dari hospital. Senang. 1 piece je. Tak yah gosok. Terus sarung je.)
- Phone charger.
- Some good books & mags to kill the time. At this kinda moment, senaskah tafsir al- Quran will be a better option. :)

Beg Baby
- Disposable diapers
- Lampin kain (Untuk bedung or whatsoever. Nak kata untuk pakai, rasanya nurse akan pakai kan disposable diapers je sekarang kan)
- Barut
- Toiletries + minyak telon.
- Wet wipes
- Towel
- Towel kecil
- Selimut/swaddle
- Long sleeves shirt + pants.
- Short sleeves shirt + pants
- Mittens + Socks
- Baju cantik-cantik nak pakai masa balik (Harus lah anak mama kena bersiap cantik-cantik. The world gonna see you for the very first time, sayang)

Beg Makanan
- Air ZamZam
- Air Yaasin
- Kurma
- Milo 3 in 1
- Biskut
- Water tumbler (My lil sis cakap tak payah bawak termos semua tu. Kalau nak air panas minta je dengan nurse. Kalau bersalin di hospital swasta lagi laaaaa senang nak meminta itu ini. We pay for it.)

List ni adalah list saya sendiri. Takde merujuk pada mana-mana hospital @ nurse except my lil sis :). List keperluan ni bergantung pada hospital yang kita akan admit nanti. Kalau deliver di hospital private, normally mommies hanya perlu bawa baju masa nak balik je for both mommy and baby pasal everything is provided. And maybe sume yang dalam-dalam tu kena la bawa sendiri. Tapi dari segi disposable items, toiletries & baju memang provided by the time kita check in. Maybe you can ask your hospital to be sure.

Happy packing, dear mommies!
Till then, Assalamualaikum.

xoxo
1224hrs
01072013
Monday

Powered by Blogger.

© and rain will fall, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena